Rezeki itu tidak hanya berkaitan dengan mendapat duit, tetapi dalam pelbagai keadaan seperti diberikan kesihatan yang baik, mendapat pekerjaan yang bagus, perniagaan yang berkembang maju, bertemu dengan jodoh yang baik, dikurniakan zuriat, termasuk juga dikurniakan iman dan istiqamah dalam membuat amal ibadah dan lain-lain.
Kadang-kadang kita risau apabila memikirkan kegawatan ekonomi, pelaksanaan GST, krisis kewangan, belum dapat pekerjaan yang baik, belum bertemu jodoh, belum dikurniakan zuriat dan lain-lain tapi jika kita fikirkan semula Yang Maha Menyelesaikan Kesulitan dan Yang Maha Memberi Rezeki itu ialah Allah S.W.T.
Rezeki yang berkat dapat diperoleh dengan cara mendekati Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan melakukan amalan-amalan pengundang rezeki. Apakah amalan-amalan yang mengundang rezeki itu? Di sini kami kongsikan beberapa amalan untuk mengundang rezeki yang asalnya dikongsikan oleh Ustaz Yusuf Mansur seorang penceramah dan pendakwah popular dari negeri jiran, Indonesia di laman youtube beliau.
Hasil dari perkongsian beliau, kami ringkaskan dan catatkan kembali beberapa amalan yang mengundang rezeki melimpah ruah seperti dibawah:
Amalan Mengundang Rezeki
1. Membaca Surah al Waqiah
Baca selepas Subuh dan selepas Asar
2. Ya Fattah Ya Razzaq
Lazimkan baca 3 kali atau 11 kali atau 33 kali selepas solat – Baca minimal 3 kali.
3. Melazimi membaca al quran dan surah-surah tertentu pada waktu tertentu seperti
- Membaca Surah Ar-Rahman- Baca selepas solat Dhuha
- Membaca Surah Yaasin – Baca selepas solat Isya’
- Membaca Surah al-Mulk – Baca menjelang tidur
4. Baca selawat – allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad
Lazimkan baca sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari
5. Solat Dhuha
6. Bersedekah
7. Solat Berjemaah di Masjid Tepat Waktu
Video lengkapnya boleh dilihat seperti di bawah. Moga perkongsian ini membawa manfaat untuk anda. Jika bermanfaat jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain supaya sama-sama kita amalkan dan mendapat manfaat.
Sumber : http://islamidia.com